let's be honest here.
Sunday 6 December 2015
Assalamualaikum.


Finally. Rajin jugak aku nak updpate. 2-3 hari dah duk tangguh. Serious weh, idk either its a kebetulan or what tapi memang at the same time ah. 

First, aku sekarang ni pembaca wattpad tegar. Tah cemana tetiba terjumpa cita tajuk "Just a friend?" Cita dia lebih kurang macam seorang lelaki dan seorang perempuan ni dah kawan dari kecik sampai la besaq. No secrets between them kononnya. Tapi si perempuan ni suka kat lelaki ni tapi dah si lelaki tu duk tekankan bestfriend ja kat dia so dia pun of kos la tak mau mengaku kat dia kan. Yayaya, happy ending cita ni. Jangan risau. 

Second, time spm ritu punyalah banyak kdrama baru sehingga menggaggu konsentrasi aku untuk stadi. Bila dah habis spm, nakyam semua kdrama dah habis tengok so dia punya gelabah cari kdrama baru tu peh sangat dahsyat. Then, tetiba syaza suggest suh tengok "The time we were not in love". Macam best. So bila dah tengok. "Oh cita pasai bff jugak -.-" Jalan cita dia lebih kurang macam Just a friend tu tapi dala drama ni si lelaki yang pendam perasaan. Gitew. Aku ni malas nak tengok kdrama kat web lain like dramafever drama what ever tu. Aku search kat youtube ja. Loading takdak la lama sangat. TAPI cita ni ada kat youtube sampai ep 7 ja. Nakyam ciret. Aku sabar weh. Aku gigih gak tengok kat web lain. Tapi kesabaran aku makin lama makin nipis at the end aku membuat keputusan untuk menarik diri. Ye, tak tengok habis pun :((((((((

Main point aku is ramai orang kata "bestfriend antara lelaki dan perempuan ni mustahil weh. Salah seorang mesti akan suka punya." Memandangkan aku pun ada bff lain jantina so yeahh, i heard that a lot. Tapi aku tetap aku, dan aku tetap tidak setuju dengan 'fakta' tu. Sebab aku tau aku suka kat kawan laki aku tak lebih daripada kawan. Aku takleh kata aku tak suka depa cuz aku tak kawan dengan orang yang aku tak suka. Hahahahaha. Dan ada jugak orang kata sebarang perhubungan semua bermula dengan persahabatan.  Mula mula memang lah kawan, lama lama tersuka eh terkapel. Gitew. 

Maybe betul sebab depa pi anggap orang yang dia suka tu as bff. Duh. Kalau aku, aku takkan anggap dia as my bff kalau aku suka or nak suka dia. Ye ye, masa depan kita tak tahu. Tapi aku jenih memang takleh anggap orang yang aku suka betol betol suka tu as my bff. Aku memang mula berkawan dengan dia, tapi takat kawan ja la. Bukan close friend bukan bestfriend. Sakitnya pendam perasaan suka kat orang luar pun dah tahap apa lagi apatah lagi kalau pendam perasaan suka kat kawan rapat. Mostly orang pendam sebab takut friendship diorang yang gila gila selama ni secara automatik bertukar menjadi awkward lepas confess. At least kalau confess dekat orang luar even kena reject takdak lah sedih sangat kan bila jadi awkward. Ya la kita bukan rapat sangat pun ngan dia. So move on. Tapi once dah suka kat bff and tetiba jadi awkward, seriously sedih. Nak melawak nak buat apa semua ngan si dia dah tak sama macam sebelum confess.


Satu nasihat aku, jangan mudah anggap seseorang yang lain jantina ngan hang tu as bff kalau hang tak yakin hang takkan suka dia like you want a relationship with him/her. Act, benda ni tak jadi masalah kalau dodua saling suka. Tapi kalau salah seorang ja yang suka kan tak best. 

Tapi seyes ah, time kawan memang lah boleh maki boleh gurau kasar boleh buat apa ja tanpa control Tapi bila hampa kapel ( bff yang suka each other ), hampa taleh buat benda tu dah. Kalau boleh pun, rasa dia dah tak sama. Nak gurau kasar nak maki, tetiba terfikir 'eh takpa ka ceni, satgi dia tak suka aku dah.' Hell yeah. Pastu semua benda nak control. Dulu time kawan ok ja si lelaki nak sembang ngan perempuan lain boleh ja si perempuan nak sembang ngan lelaki lain. Tapi bila kapel, semua taleh. Jeles katanya. Punca jeles tu kes kepercayaan terhadap pasangan tak kukuh. Gaiz plis, relationship tahan lama kalau pasangan percaya antara satu sama lain. Tak kira hampa tak penah kenal then terjumpa, tersuka dan kapel or hampa dah kenal lama, jadi bff then kapel. Percaya dan setia tu memang kata kunci untuk relationship yang kukuh lah senang cita.


So gais, boleh nak ada relationship dengan bff, tapi cukup ah takyah ah nak kata bff lain gender tu mustahil. Tak semua weh akan jadi centu, tak semua. So chill okay. Ada jodoh, kawin, takdak jodoh kawan.

Bff laki saya semua ada perempuan yang diorang suka and so am i. So no worries. 

Kbye,

Thanks for reading :)
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03